Saturday, March 30, 2013

Sannah Helwah Ya Ummi :D


    Harini birthday Mama kitaa!Kita nak ucapkan Selamat Hari Jadi yg ke-45 for my mom :') Ucapan kita,kita nak minta maaf atas segala kesalahan yg kita dah buat dkt mama.Semoga Mama always panjang umur and murah rezeki ye :) Mama adalah Mama yg terbaik utk kita.Mama seorg peneman yg baik.Mama selalu ade dalam doa kita :') Ikhlas dari anakmu.Heeee :D

   You know what,ingt ayh balik esok.tgk2 mama kata ayah balik harini.Ya Allah seronokya rasaa waktu tu.Rindu sgt2 dkt ayahhh..ceewahh mcm setahun tak jumpa.Hikhik.Em lpstu ayh suruh siap2 sbb nk kluar mkn.then,kita kata ok.Ayh ingt nk mkn dkt Tom Yam Hasnah.maklumlah kiteorg smpi sana agk lewat.pekerja kat situ kata mknn dah habis.

    Last2 mkn dkt KFC,sitiawan.Paling happy adik kitalah sbb dye mmg suka KFC nii.haha.kat sana terjumpalah akk senior SMK Seri Manjung dgn kwn lama kita.nak tegur kawan lama tu tapi tak jadi pula.hehe.kat sana sempat lagi snap gmbr.

   tadaaaa.tak comel pun kann.

    Then dah habis mkn,mama ajk gi lumut.kat sana ade bnyk jual2.tapi tak beli pun.Haha.Then,adelah pegi jln2 kat kiteorg main tulis2 nama.hehe
    Bayang-bayang Wawa :D

 Eh!nama saya :)
screen name saya:Wawa

With my Mama

 Dah 45 thn dah mama saya.saya umur berapa?darjah 6.lol tipu jee.haha

 Le youngestt brothahhh

 Who is this? :0

 tgk tu.kami main tulis2 nama.hikss.thats my Fatherr

 ceehhh.ingat sopan lewtuu.ahaksss XD

 Lumut ^_^

 Le Sweetess Couple Evaahh <3

 With Mama Again.Ihikss

Up:Me with mama
Down:Me with ma parents :))

*yawning*okayy.i think i'll stop here.Wanna have a beauty sleep.Good night.
And Have a sweet dream.Assalammualaikum.ouhh ya,i almost forgot to say Thank you for all those people who read this entry *smile* ;)


Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Novel Azfa Hanani(BAB 19: Segala-galanya Berakhir)

   Azfa Hanani tinggal di rumah Datin Maziah semula.Keluarga itu telah menganggap dirinya sebagai sebahagian daripada keluarga mereka sendiri.Tambahan pula,Datin Maziah telah menyusukan bermakna Datin Maziah telah menjadi seperti ibu kandungan.Azfa Hanani gembira berada di rumah itu.Dia juga mudah berhubung dengan keluarganya kerana talian telefon telah dipasang di kampung.
   Tengku Muzaffar mengakui dia kurang berpengetahuan dalam bidang agama.Kini dia mula mendekati masjid dan mengikuti pengajian agama setelah dinasihatkan oleh pak long.Syafinaz dan Tenku Maran pula bakal menimang cahaya mata dan mereka akan berpindah rumah tidak lama lagi.
   Cikgu Zamin juga telah bertunang dengan Khalidah iaitu kakak kepada Kamilah.Berita Gembira itu diketahui oleh Azfa Hanani menerusi Falina.Azfa Hanani berpesan kepada Falina agar memberitahu Nordin dan Rozlan bahawa dia hanya menganggap mereka sebagai kawan sahaja.
   Hari Sumbangsih sekolah mereka telah berlangsung dengan sempurna.kutipannya berjumlah RM 16,655.00 dan telah melebihi matlamat asalnya.Azfa Hanani tidak dapat melihat acara kemuncaknya.Malam Bakat Sumbangsih mendapat bantahan kerana penampilan Iskandar dan rakan-rakanny tidak disenangi ramai.Kumpulan `Budak Glamor’ juga telah berakhir.Laili,Fuziana dan Syafikah tidak sehaluan lagi.
   Syafikah dan Fuziana telah menemui Azfa Hanani dan memohon maaf.Laili pula terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama-sama Iskandar.Iskandar telah meninggal dunia di tempat kejadian,manakala Laili pula cedera parah dan sedang irawat di wad ICU.
    Pada pagi hari minggu,Azfa Hanani telah keluar awal dari rumah dan menuju ke rumah Ekran di Kampung Teruntum.Kebetulan,Tengku Muzaffar juga ada di sana bersama-sama beberapa orang rakan.Tengku Muzaffar menjelaskan tujuan kedatangannya di situ adalah untuk membantu Ekran membina gerai burger yang baharu.Azfa Hanani telah mengetahui tentang latar belakang sebenar ibu bapa Ekran.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Novel Azfa Hanani(BAB 18: Hakikat)

   Azfa Hanani pulang ke Kampung Merpati setelah diusir keluar oleh Datin Maziah.Azfa Hanani tidak memberitahu sesiapa akan sebab kepulangannya ke kampung termasuk pak long dan mak longnya.Tengku Mazran dan Syafinaz memebenarkan Azfa Hanani pulang ke kampung sementara mereka berusaha memujuk Datin Maziah.Azfa Hanani memubuat keputusan untuk tidak kembali semula ke rumah banglo mewah Datin Maziah kerana dia lebih bahagia tinggal di kampung.Azfa Hanani juga masih marahkan Tengku Muzaffar kerana memandang rendah kepada Ekran dan tindakan Datin Maziah menghinanya.Tengku Muzaffar telah menghantar Azfa Hanani ke rumah Tengku Ellina setelah diusir.Kemudian Azfa Hanani dihantar ke rumah Abang Norman dan Kak Rozan sebelum mereka menghantarnya ke rumah pak long.
   Azfa Hanani memikirkan masa depannya setelah pulang semula ke kampung.Pada petang itu,Tengku Mazran,Syafinaz,Datuk Tengku Makmur,Tengku Muzaffar dan Datin Maziah datang menemui Azfa Hanani di jeram.Walau bagaimanapun,Azfa Hanani tatap berkeras tidak mahu ke Kuala Lumpur lagi.
   Datuk Tengku Makmur menceritakan kisah sebenarnya yang berlaku antara keluarganya dengan ibu bapa Azfa Hanani,iaitu peristiwa kemalangan jalan raya yang meragut nyawa kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani.Peristiwa itu berlaku atas kecuaian Datuk Tengku Makmur.Azfa Hanani yang terselamat dalam tragedi itu disusui oleh Datin Maziah di tempat kejadian apabila dia tidak berhenti-henti menangis.Azfa Hanani menyedari akan takdir yang telah berlaku dan memaafkan kesalahan Datuk Tengku Makmur,Datin Maziah dan Tengku Muzaffar.Datin Maziah juga memohon maa daripada Azfa Hanani atas kejadian yang berlaku.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Novel Azfa Hanani(BAB 17: Terusir)

   Di rumah,Azfa Hanani asyik terperap di dalam biliknya dan memikirkan Ekran yang merahsiakan sesuatu perkara daripadanya.Azfa Hanani merasakan bahawa dia sudah jatuh hati kepada Ekran namun enggan mengakuinya.
   Azfa cuba menggunakan lilin untuk membaca tulisan yang telah dipadam diari Tengku Murni.Dia amat terkejut apabila mengetahui bahawa Tengku Muzaffar ialah punca utama yang menyebabkan hubungan antara Tengku Murni dan Erkran terputus bukan disebabkan oleh Datin Maziah.Azfa Hanani beredar ke bilik Tengku Muzaffar dan berlaku sedikit pertengkaran antara mereka.Tengku Muzaffar mengakui segala tuduhan Azfa Hanani adalah benar tetapi Tengku Muzaffar menjelaskan bahawa dia tidak menyukai Ekran kerana dianggap tidak setaraf dengan keluarganya.Tengku Muzaffar juga tidak menggemari tindakan Azfa Hanani yang berkawan baik dengan Ekran.Azfa Hanani menegaskan bahawa dia dan Ekran berasal dari taraf yang sama dan Tengku Muzaffar tidak berhak mencampuri urusan peribadinya kerana Azfa Hanani bukan adik kandungnya.
   Ketika itu,Datin Maziah muncul dan menampar pipi kiri Azfa Hanani dengan kuat.Beliau berasa amat marah setelah mengetahui Azfa Hanani bukan anak kandungnya tetapi menyamar sebagai Tengku Murni.Azfa Hanani cuba mempertahankan kebenaran bahawa dia sebenarnya Tengku Murni.Azfa Hanani cuba menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada Datin Maziah,namun dia diusir keluar dari rumah itu.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Novel Azfa Hanani(BAB 16: Hari Sumbangsih)

  Hari Sumbangsih berlangsung dengan lancar dan meriah.Azfa Hanani tidak berkesempatan mengahdiri majlis perasmian kerana terpaksa menjadi pengerusi Forum Remaja di sekolah lain.Sekolah Menengah Taman Sari diumumkan sebagai johan dan sekali lagi Azfa Hanani dinobatkan sebagai pengerusi terbaik.Sambutan Hari Sumbangsih pada tahun ini lebih meriah dari tahun sebelumnya.Ramai yang memuji kebolehan Ekran sebagai pengerusi sambutan hari tersebut.
   Fazlina ternampak Laili bersama-sama teman lelakinya,iaitu Iskandar.Iskandar dikenali sebagai budak nakal yang pernah dibuang sekolah.Iskandar juga telah beberapa kali mengambil peperiksaan SPM.Azfa Hanani,Fuad,Adlan dan Fazlina menjamu selera di sebuah gerai.Azfa Hanani teringatkan Ekran dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang hadiah oleh Ekran padanya dahulu.
   Azfa Hanani akhirnya berjumpa Ekran di bilik persatuan.Azfa Hanani menginginkan penjelasan lanjut daripada Ekran tentang sikap Ekran yang suka menjauhkan diri daripadanya kebelakangan ini.Azfa Hanani juga menanyakan Ekran tentang keengganannya untuk memasuki rumah Datin Maziah pada majlis hari jadi Tengku Murni dan kaitan Ekran dengan barang-barang milik Tengku Murni yang diberikan kepadanya.
   Ekran memberitahu bahawa barang-barang itu dijumpai oleh seseorang dalam laci kabinet di bilik persatuan tetapi menafikannya.Akhirnya Ekran memberitahu bahawa Tengku Murni ialah teman rapatnya tetapi perhubungan mereka terputus atas sesuatu sebab yang tidak dapat dijelaskan.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Novel Azfa Hanani(BAB 15: Kunjungan Mengejut)

   Syafinaz akan bekerja sebagai arkitek pada bulan hadapan dan Azfa Hanani akan ke sekolah dengan jiran mereka,iaitu Datin Zaharah.Pada hari itu,Azfa Hanani ke Institut Lingua Franca untuk menduduki ujian bahasa Jepun pada pukul 3.00 petang.Hati Azfa Hananiberbelah bahagi apabila Syafinaz memberitahu bahawa pak long,Abang Norman dan Zuraini akan tiba dari Indonesia pada petang itu.Syafinaz dan Tengku Mazran sendiri yang akan menjemput mereka daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.Azfa Hanani ingin bertemu pak long dan Zuraini.Syafinaz menghalang kerana Azfa Hanani mesti menduduki ujian bahasa Jepun tersebut.Tengku Mazran berjanji akan membawa Azfa Hanani pulang ke kampung semasa cuti semester nanti.
   Tengku Mazran telah sedia menunggu Azfa Hanani di luar Institut Lingua Franca dan memberitahu bahawa pak long dan Zuraini ada di rumah Datin Maziah.Azfa Hanani gembira menyambut kedatangan pak long dan Zuraini di rumah Datin Maziah.Zuraini sudah dapat berjalan semula.Datuk Tengku Makmur pula bersikap mesra dengan Azfa Hanani.Dia berbual-bual dengan pak long tetapi Azfa Hanani tidak mengetahui perkara yang mereka bincangkan.Zuraini memberitahu Azfa Hanani bahawa Datuk Tengku Makmur seolah-olah sudah lama mengenali keluarga mereka dan mengetahui peristiwa kemalangan jalan raya yang menimpa keluarganya.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Novel Azfa Hanani(BAB 14: Misteri yang tersimpan)

  Azfa Hanani menghubungi Falina di kampung.Falina memberitahu suatu rahsia kepada Azfa Hanani,iaitu Azfa Hanani sebenarnya diminati oleh sebilangan murid di sekolah lamanya terutamanya Nordin dan Rozlan.
   Syafinaz masuk ke blik Azfa Hanan dan mengajaknya makan bersama-sama tetapi Azfa Hanani memberitahu bahawa dia masih kenyang.Syafinaz memberitahu bahawa Tengku Mazran sedang berusaha untuk memasang talian telefon di rumah keluarga Azfa Hanani di kampung dan membeli sebuah telefon bimbit untuknya.Azfa Hanani meminta Syafinaz membantunya menghubungi rakannya,iaitu Kamilah dan mengajarnya cara-cara meggunakan telefon bimbit itu.Kamilah tiada di rumah kerana berkunjung ke rumah bapa saudaranya.Azfa Hanani keliru kerana suara yang mengangkat telefon sebentar tadi seperti milik Cikgu Zamin.
   Tengku Muzaffar muncul ketika Azfa Hanani sedang membuka kotak-kotak hadiah yang diterimanya.Tengku Muzaffar ingin menunaikan janjinya dan hendak mengajar Azfa Hanani menggunakan komputer.Walau bagaimanapun,niat Tengku Muzaffar hendak mengajar Azfa Hanani dengan lebih mendalam terbantut kerana bekalan elektrik terputus.
   Azfa Hanani sangat terkejut apabila melihat isi hadiah daripada ekran,iaitu dompet berisi wang,kad pengenalan Tengku Murni,beberapa keping kad dan juga sekeping kertas catatan yang mungkin ditulis oleh Ekran.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Friday, March 29, 2013

Novel Azfa Hanani(BAB 13: Hadiah Bererti)

   Majlis Hari Jadi Tengku Murni(Azfa Hanani)diadakan pada hari minggu dan pada pukul tiga petang,ramai tetamu yang hadir di rumah Datin Maziah.Azfa Hanani mengharapkan kedatangan Ekran tetapi dia tidak muncul.Di majlis itu,rakan-rakan memuji kelunakan suaranya ketika mengendalikan pertandingan Forum Remaja.Azfa Hanani juga tidak menyangkakan dia telah diumumkan sebagai pengerusi terbaik forum,malah sekolah juga turut diumumkan sebagai pemenang.
   Akhirnya Ekran tiba jua ke majlis itu tetapi dia enggan masuk.Dia sekadar memberikan hadiah kepada Azfa Hanani walaupun dipujuk beberapa kali agar masuk.Peristiwa itu dilihat oleh Tengku Muzaffar.Azfa Hanani berasa hairan dan menganggap ada satu perkara yang dirahsiakan antara Tengku Muzaffar dengan Ekran.
   Selesai majlis,Azfa Hanani meneliti kotak-kotak hadiah pemberian tetamu dan dia berasa sangat gembira kerana ini merupakan kali pertama dia menerima hadiah sedemikian banyak.Tengku Mazran dan Syafinaz memberitahu berita tentang Zuraini yang telah dibawa berjumpa dengan seorang kiai dan kiai itu menyatakan Zuraini mempunyai harapan untuk sembuh.Azfa Hanani memberitahu Tengku Mazran bahawa dia sangat rindu akan keluarganya.Tengku Mazran berjanji akan membawa Azfa Hanani pulang menemui keluarganya sedikit masa lagi.Tengku Mazran membenarkan Azfa Hanani menggunakan telefonnya untuk menghubungi keluarganya di kampung.
Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Thursday, March 28, 2013

Novel Azfa Hanani(BAB 12: Melulu)

   Azfa Hanani menggunakan pakaiann pengawas milik Tengku Elina semasa pertandingan Forum Remaja.Azfa Hanani kelihatan kemas dan segak.Azfa Hanani pernah dicalonkan sebagai pengawas di Sekolah Menengah Sri Dian.Pada mulanya dia bersetuju tetapi terpaksa menolak pencalonan itu setelah memikirkan keadaan keluarganya yang daif.
   Majlis Hari Jadi Tengku Murni yang ke-17 akan diadakan pada hujung minggu itu.Tengku Elina meningatkan Azfa Hanani supaya tidak berkawan rapat dengan Iskandar kerana dia seorang lelaki yang bermata keranjang.Tengku Elina memberitahu Azfa Hanani bahawa gerai burger Ekran telah dibakar.Azfa Hanani turut bersedih dan bersimpati atas kejadian itu.Azfa Hanani ke blik persatuan untuk berjumpa Ekran tetapi Ekran tiada.
   Laili muncul di bilik persatuan dan mempelak Azfa Hanani yang bersetuju menjadi pengerusi pertandingan Forum Remaja tetapi enggan menjadi pengacara majlis bagi slot Malam Bakat Sumbangsih seperti yang dikehendakinya.Azfa Hanani menegaskan pendiriannya bahawa slot Malam Bakat Sumbangsih tersebut bukan milik mereka ,sebaliknya murid-murid Tingkatan Lima Sastera II.Laili tetap tidak berpuas hati dengan jawapan dan alasan yang diberikan oleh Azfa Hanani.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Novel Azfa Hanani(BAB 11: Bukan dirancang)

    Azfa Hanani menerima panggilan telefon daripada Tengku Elina dan meminta Azfa Hanani untuk datang ke rumahnya kerana pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari akan mengadakan sesi perbincangan dan latihan di rumahnya.Azfa Hanani hanya mendapat keizinan daripada Datin Maziah setelah dibantu oleh Tengku Muzaffar.Tengku Muzaffar menghantar Azfa Hanani ke rumah Tengku Elina dengan menaiki motosikal berkuasa tingginya.Azfa Hanani berpendapat bahawa antara Tengku Muzaffar dengan Ekran tersimpan satu rahsia kerana selepas bertembung  dengan Tengku Muzaffar,Ekran semakin menghilangkan diri.
   Azfa Hanani diminta untuk menggantikan Tengku Elina bagi mempengerusikan Forum Remaja semasa latihan kerana pada masa yang sama Tengku Elina perlu mengendalikan mesyuarat sekretariat pameran luar Hari Sumbangsih.Azfa Hanani teringat akan sepupunya,iaitu Zahidan apabila melihat adik Tengku Elina.Melalui surat yang dikirimkan oleh Zuraini,mak long dan pak long amat merinduinya.Zahidan kerap memanggil-manggil namanya.Zuraini pula akan dihantar untuk berubat ke Indonesia pada bila-bila masa sahaja.
   Akhirnya,ahli forum mengambil keputusan supaya Azfa Hanani menjadi pengerusi pertandingan Forum Remaja yang akan diadakan di dewan sekolah nanti.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Novel Azfa Hanani(BAB 10: Meluah Rasa)

    Azfa Hanani terpaksa membohongi Syafinaz untuk ke Pesta Buku Alam Malaysia bersama Ekran.Azfa Hanani mengingatkan Ekran supaya tidak menganggap diri dan sikapnya sama seperti Tengku Murni.Ekran dan Azfa Hanani berbual-bual di taman permainan sebelum ke pesta buku.Azfa Hanani menceritakan segala-galanya yang ingin diketahui oleh Ekran.
     Ekran memberitahu Azfa Hanani bahawa ayah Laili,Datuk Minhad pernah mendermakan RM10,000.00 pada Hari Sumbangsih yang lalu.Sebuah motosikal berkuasa tinggi meluncur laju dan berhenti mendadak semasa Azfa Hanani dan Ekran hendak melintas jalan.Azfa Hanani amat mengenali motosikal tersebut.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Novel Azfa Hanani(BAB 9: Ekran)

   Azfa Hanani diganggu oleh seorang pemuda,iaitu Iskandar semasa dalam perjalanan pulang daripada meminjam buku di Institut Lingua Franca.
   Azfa Hanani mendekati Ekran di gerai burgernya.Azfa Hanani ingin berbual-bual dengan Ekran dan dia memberikan alasan bahawa dia ingin belajar menjual burger kerana dia ditugaskan untuk menjual burger pada Hari Sumbangsih.Setelah selesai mengemas gerai,Ekran mengajak Azfa Hanani untuk menjamu selera di gerai nasi ayam.Menurut Ekran,dia menjual burger untuk mengisi masa lapang di samping mengumpul wang untuk persekolahannya meskipun ibu bapanya mampu menanggung kos pembelajarannya.Ekran bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan.Oleh itu,dengan berniaga burger,dia dapat mempelajari tentang akaun.
   Ekran menegur Azfa Hanani yang makan menggunakan tangan.Ekran memberitahu bahawa Tengku Murni tidak pandai menggunakan tangan sebaliknya menggunakan sudu dan garpu.Azfa Hanani terkejut dengan pernyataan Ekran dan dia membuat kesimpulan bahawa Ekran dan Tengku Murni pernah mempunyai hubungan yang rapat.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Novel Azfa Hanani(BAB 8: Tertanya-tanya)

   Azfa Hanani akan ke Institut Lingua Franca empat kali seminggu.Kesempatan itu akan digunakannya untuk menemui Ekran.Cikgu Zamri memuji karangan bahasa Melayu Azfa Hanani.Menurutnya,penguasaan bahasa Melayu Azfa Hanani amat baik dan sekiranya prestasi itu dikekalkan,Azfa Hanani akan mendapat A1 dalam peperiksaan SPM kelak.
   Fuziana dan Syafikah mewakili Laili menemui Azfa Hanani di perpustakaan.Laili meminta Azfa Hanani menjadi pengacara slot Malam Bakat Sumbangsih.Slot Malam Bakat Sumbangsih sepatutnya dikendalikan oleh murid Tingkatan Lima Sastera II manakala nama Laili,Fuziana dan Syafikah telah disenaraikan dalam slot pameran alam sekitar dan reka cipta.Laili,Syafikah dan Fuziana berpendapat sekiranya murid Tingkatan Lima Sastera II yang mengendalikan acara itu,pasti hasil kutipan nanti tidak mencapai matlamat kerana mereka berpendapat bahawa pelajar Tingkatan Lima Sastera II itu tidak cekap dalam menguruskan acara tersebut.Azfa Hanani menolak lembut pelawaan tersebut dengan alasan dirinya tidak sesuai  dan dia tidak pernah menjadi pengacara majlis tetapi dicemuh oleh mereka.
   Tengku Muzaffar berjanji akan mengajar Azfa Hanani menggunakan komputer selepas dia menyiapkan tesisnya.Tengku Muzaffar memuji kelunakan suara Azfa Hanani semasa membaca surah Yassin dan turut meminta Azfa Hanani membacakannya untuk arwah Tengku Murni.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Novel Azfa Hanani(BAB 7: Karenah Laili)

   Azfa Hanani menulis surat kepada pak long dan mak longnya di kampung.Azfa Hanani memberitahu kehidupannya di rumah Datuk Tengku Makmur amat bahagia.Azfa Hanani masih cuba membiasakan dirinya dengan cara hidup dan perwatakan Tengku Murni melalui foto dan pita keluarga.
    Azfa Hanani telah mengirimkan RM300.00 untuk keluarganya di kampung hasil pemberian Datuk Tengku Makmur.Selebihnya disimpan untuk masa depan sekiranya ada sesuatu berlaku yang tidak diingini kelak.Tengku Mazran akan menghantar Zuraini ke Indonesia untuk berubat dengan seorang kiai yang terkenal di sana.
    Tengku Murni ada menulis dalam diarinya bahawa dia ingin bertanding untuk merebut jawatan setiausaha Persatuan Pelajar Tingkatan Lima,tetapi keinginannya tidak kesampaian.
    Azfa Hanani menghadiri mesyuarat Hari Sumbangsih.Ekran selaku pengerusi persatuan menjelaskan acara-acara sempena majlis tersebut.Azfa Hanani mendapati Ekran merupakan seorang pemimpinyang berkarisma.Laili membantah keputusan pengagihan tugas dalam slot-slot Hari Sumbangsih dan mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan ahli jawatankuasa.Tetapi dakwaannya itu berjaya ditangkis oleh Ekran.Menurut Tengku Elina,Laili dan kawan-kawannya yang dikenali sebagai `Budak Glamor’ menginginkan slot Malam Bakat Sumbangsih.Kelas Azfa Hanani diberikan tugas menguruskan gerai burger,kejohanan bola sepak tujuh sebelah terbuka dan pameran alam sekitar dan reka cipta.Azfa Hanani ditugaskan sebagai salah seorang penjual burger.
    Setelah selesai mesyuarat kelas,Azfa Hanani ke Plaza Cahaya berseorangan menaiki bas mini.Azfa Hanani membeli buku-buku rujukan yang sama seperti yang pernah dicurinya di perpustakaan sekolah di kampung.Azfa Hanani kemudiannya bertanya kepada seorang pemuda penjual burger yang berhampiran tentang tempat untuk dia mendapatkan teksi.Pemuda itu rupa-rupanya ialah Ekran.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Novel Azfa Hanani(BAB 6: Imbalan Budi)

    Datin Maziah menyambut kepulangan Nini(Azfa Hanani)dari sekolah di anjung rumah.Pada hari itu,pelbagai masakan terhidang untuk makan tengah hari termasuk ayam masak merah yang dimasak sendiri oleh Datin Maziah.Azfa Hanani memuji keenakan masakan Datin Maziah dan meminta Datin Maziah mengajarnya cara memasak masakan tersebut.Datin Maziah terkejut kerana sebelum ini dia pernah mengajar Tengku Murni .Azfa Hanani memberikan alasan bahawa dia telah terlupa.
   Semasa Datin Maziah mengambil air suam untuk Azfa Hanani,Azfa Hanani sempat bertanya kepada Syafinaz tentang kehilangan kad pengenalan dan dompet Tengku Murni.Syafinaz memberitahu  Azfa Hanani bahawa mungkin dompet Tengku Murni telah diambil orang tetapi mereka sempat menyelamatkan akaun Tengku Murni.
   Datin Maziah memulangkan album dan diari Tengku Murni kepada Azfa Hanani.Azfa Hanani mula mengenali prinsip dan perwatakan Tengku Murni setelah membaca diarinya.Tengku Murni seorang yang baik hati,sering menegur sikap Laili,Syafikah dan Fuziana yang gemar membangga diri dan merendah-rendahkan orang lain.Tengku Murni juga disenangi oleh sesiapa sahaja.Namun,diari Tengku Murni turut menunjukkan bahawa dia cuba menyembunyikan sesuatu dengan memadam beberapa catatan pada hari sebelum kemalangan.
    Datuk Tengku Makmur bertemu Azfa Hanani di bilik Tengku Murni.Datuk Tengku Makmur mengingatkan Azfa Hanani bahawa dia perlu memanggilnya dengan panggilan `papa’ ketika di hadapan Datin Maziah sahaja kerana padanya anaknya telah meninggal dunia.Datuk Tengku Makmur telah melemparkan RM500.00 ke atas katil sebagai upah Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Novel Azfa Hanani(BAB 5: Sebagai murid Baharu)

   Azfa Hanani bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari(SMTS) dalam kelas Tingkatan Lima Sains 1.Azfa Hanani berkenalan dengan Tengku Elina yang juga saudara dua pupu kepada Tengku Murni.Menurut Tengku Elina,Tengku Murni sangat peramah dan baik dengan hampir setiap orang di sekolah.Tengku Murni juga dikatakan meminati seorang murid lelaki di sekolah itu tetapi Tengku Elina tidak mengetahui gerangannya.
   Semasa mata pelajaran bahasa Inggeris,Cikgu Ramzan bertanyakan beberapa soalan kepada Azfa Hanani tetapi dia tidak dapat menjawab dengan lancar kerana dia tidak fasih berbahasa Inggeris.Muhammas Ekran bin Muhammad,iaitu Pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima SMTS meminta Azfa Hanani ke bilik persatuan untuk mengambil borang keahlian.
   Azfa Hanani dapat menjawab soalan Cigu Sani semasa mata pelajaran Fizik dengan lancar dan tepat.Dia telah membuat uji kaji tersebut semasa di sekolah lamanya.Laili menyindir Azfa hanani dengan mengatakan dia seorang yang berlagak kerana semasa mata pelajaran bahasa Inggeris,Azfa Hanan tidak dapat menjawab soalan Cikgu Ramzan dengan lancar.Sebenarnya,Azfa Hanani lemah dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.
    Laili,Syafikah dan Fuziana tidak menyukai Azfa Hanani sama seperti mereka tidak menyukai Tengku Murni.Menurut Tengku Elina,Laili masih tidak percaya akan kematian Tengku Murni kerana kad pengenalan dan dompet Tengku Murni yang hiang sehingga kini masih belum ditemui.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Wednesday, March 27, 2013

Novel Azfa Hanani(BAB 4: Seawal kehadiran)

   Azfa Hanani tergamam seketika apabila melihat keadaan rumah Tengku Mazran yang sungguh besar.Mak Cik Leha,iaitu pembantu rmah Datin Maziah turut menitiskan air mata apabila melihat Azfa Hanani kerana wajahnya mirip dengan Tengku Murni.Mak Cik Leha  amat menyayangi Tengku Murni.
   Tengku Mazran dan Syafinaz mengingatkan Azfa Hanani tentang perkara yang telah diajar oleh mereka agar Azfa Hanani menjadi seperti Tengku Murni.Tengku Mazran dan Syafinaz turut membelikan beberapa helai pakaian baharu untuk Azfa Hanani agar kelihatan bergaya seperti Tengku Murni.Azfa Hanani kagum apabila masuk ke bilik Tengku Murni  yang besar dan dilengkapi dengan set komputer.
    Tengku Muzaffar,iaitu abang Tengku Murni yang paling dekat usianya dengan Tengku Murni sperti tidak menyukai kehdiran Azfa Hanani.Tengku mazran telah menetapkan semua surat yang mencatatkan nama sebenar Azfa Hanani mesti melalui alamat pejabatnya.Azfa Hanani juga dilarang menulis nama sebenarnya di sembarangan tempat kecuali di sekolah,iaitu atas urusan rasmi sahaja.
    Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur,Nordin sempat memberitahu Azfa Hanani  bahawa pencuri buku-buku rujukan perpustakaan sekolah telah berjaya di kesan,iaitu Lazim,Hamidon dan Teck Lee.Azfa Hanani akan memulangkan semula buku-buku rujukan yang dicurinya itu kepada Cikgu Zamin kerana guru itu sering cuba memahami masalahnya.
   Azfa Hanani berjaya berdepan dengan Datin Maziah.Segala pertanyaan Datin Maziah berjaya dijawab dengan baik dan yakin.Datin Maziah berjanji akan membelikan sebuah jip Suzuki Vitara yang baharu untuk Azfa Hanani.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Novel Azfa Hanani(Bab 3: Kerana Terdesak)

    Semalaman Nani tidak dapat tidur lena. Abang Mazran dan Kak Finaz akan mengunjungi rumah Nani selepas tidak berkesempatan untuk berbincang dengan Pak Long dan Mak Long Nani. Ayah dan ibu saudara Nani tiada di rumah. Mereka mengejarkan Zuraini ke hospital dengan kereta Pak Haji Arshad kerana demam akibat disengat tebuan. Abang Mazran dan Kak Finaz menginap di hotel Johor Bahru.
    Petang semalam, Mak Hajah Kiah ringan tulang menjaga Zuraini di hospital. Memang Pak Long dan Mak Long berhasrat untuk menamatkan persekolahan Nani dek bebanan kewangan sedangkan Nani sudah mendaftarkan diri untuk mengambil peperiksaan SPM. Ah, Nani tidak perlu berasa takut dihukum kerana kesalahan mencuri lagi. Beban Pak Long dan Mak Long akan bertambah ringan. Benarlah, kemiskinan mendekatkan kekufuran. Nani masih ingat akan pembacaan kisah klasik anak raja dan anak papa bertukar tempat. Azan subuh kedengaran. Zurina, Zahir dan Zahidin masih terlena dalam lingkup kain selimut di atas tikar mengkuang. Selepas mandi, Nani diminta oleh Mak Long mengambil daun pandan untuk dimasak nasi lemak. Biasanya, Nani akan bersarapan dengan beberapa ketul ubi keledek rebus dan secawan teh kosong. Pagi itu, menu sarapan diubah!
    Mak Long kelihatan sugul. Zahidin yang baru berusia lima tahun turut menegur Nani. Teka-teki sudah terjawab. Nani akan mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala Lumpur. Barangkali, Kuala Lumpur akan menyediakan ruang dan peluang untuk Nani belajar. Kesanggupan Pak Long dan Mak Long melepaskan aku pergi adalah atas desakan hidup dan keinginan untuk melihat Nani berjaya dalam pelajaran, terutamanya dalam bidang kedoktoran biarpun doktor bukanlah cita-citanya. Mak Long berharap agar Nani akan dapat membantu mereka pada suatu hari nanti.
    Penantian suatu penyiksaan. Pada kesempatan itu, Nani bertanyakan asal usulnya. Mak Longlah menjadi bidan menyambut kelahiran Nani. Nanilah anak tunggal ayah dan ibu yang telah pergi buat selama-lamanya. Ayah dan ibu Nani berkahwin di sebuah universiti tempatan lebih 19 tahun yang lalu dan beroleh kejayaan cemerlang dalam kursus masing-masing sebelum terlibat dalam kemalangan, yakni tragedi sebuah teksi terjunam ke dalam gaung mengorbankan semua penumpangnya, kecuali seorang bayi bernama Nani. Mulai saat itu, Nani dibesasrkan oleh Pak Long dan Mak Long.
     Abang Mazran dan Kak Finaz hadir ditemani oleh Abang Norman dan Pak Haji Arshad. Selesai sarapan, Abang Mazran bercerita tentang Murni. Kisah kemalangan Murni memandu jip hadiah Datin Maziah sempena hari jadi Murni yang ke-16 walaupun masih belum cukup umur untuk memiliki lesen. Murni gagal diselamatkan dan menghembuskan nafas yang terakhir dalam perjalanan ke hospital. Datin Maziah terselamat tetapi koma selama beberapa hari. Sebaik tersedar, nama Nini yang pertama disebut oleh Datin Maziah. Maka, Abang Mazran terpaksa berbohong, kononnya Nini terselamat dan sedang mengikuti program pertukaran murid ke Jepun. Sejak sebulan yang lalu, keraguan Datin Maziah kian ketara. Datin Maziah mahu menziarahi Nini di Jepun. Kebetulan pula, Nini sebaya dengan Nani, berusia 17 tahun. Lantas, mereka sekeluarga merayu agar Pak Long dan Mak Long mengizinkan Nanimengikut mereka balik ke Kuala Lumpur. Kos perubatan Zuraini akan ditanggung oleh Abang Mazran dan Kak Finaz.

    Nani turut mendapat penjelasan daripada Abang Mazran kononnya Datin Maziah beranggapan bahawa Nini telah dilarikan oleh abang-abangnya sedangkan Nini manja orangnya. Nani tidak perlu berkemas. Menurut Kak Finaz, Nani akan dibelikan beberapan helai baju baharu. Namun begitu, Nani meminta izin untuk mengambil sehelai dua pakaian dan buku-buku latihan sebagai rujukan termasuklah buku-buku rujukan perpustakaan yang dicuri pinjam oleh Nani. Nani bercadang untuk memulangkannya melalui kiriman pos bersertakan permohonan maaf. Sebelum bertolak, Nani bersalaman dan mencium tangan Pak Long dan Mak Long serta memohon agar makan minumnya dihalalkan. Pipi Zahidin yang sedang bermuram dicium Nani selain berkirim salam kepada Zuraini. Sebelum kereta bergerak, muncul Nordin tiba-tiba dengan wajah yang beriak cemas.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Novel Azfa Hanani(BAB 2: Siapakah Mereka?)

   Azfa Hanani berjalan beriringan bersama-sama Nordin dan Rozlan ke bilik tuan pengetua.Di bilik tuan pengetua,Azfa Hanani bertemu dengan seorang lelaki dan seorang perempuan muda yang sebaya dengan Cikgu Sofea.Syarifah Rozan,iaitu kakak ipar Nordin juga ada di situ.Sangkaan Azfa Hanani meleset kerana Cikgu Yazid,iaitu guru perpustakaan dan Cikgu Habib yang merupakan guru disiplin tiada di situ.
    Tengku Mazran(Abang Ran) dan Syafinaz(Kak Finaz) meminta Azfa Hanani mengikut mereka pulang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama mereka.Sebagai balasan Azfa Hanani akan diberikan segala kemewahan dan apa-apa sahaja keinginannya asalkan Azfa Hanani dapat membahagiakan ibu mereka yang telah kehilangan anak perempuan kesayangannya,iaitu Tengku Murni.Tengku Murni meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Datin Maziah yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut tidak dapat menerima kenyataan tentang kehilangan anak bongsu yang juga anak perempuan tunggalnya.Azfa Hanani perlu mendapatkan kebenaran daripada pak long(Pak Madi) dan mak longnya(Mak Diah) terlebih dahulu sebelum membuat persetujuan.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Novel Azfa Hanani(BAB 1: Takut)

      Azfa Hanani dan murid-murid Tingkatan Lima Kenanga sedang menjalankan uji kaji di makmal bagi mata pelajaran Kimia Moden.Azfa Hanani tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kerana gelisah memikirkan hukuman yang bakal diterimanya apabila Kamilah memberitahu bahawa Cikgu Yazid sudah mengetahui identiti pencuri buku-buku SPM di perpustakaan sekolah. Azfa Hanani mendapat perhatian istimewa daripada Cikgu Zamin kerana dia lemah dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.Keadaan ini membuatkan Kamilah mencemburuinya. Azfa Hanani mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan pada setiap petang kerana tidak mampu membelinya.Azfa Hanani tinggal bersama-sama keluarga pak longnya semenjak ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Azfa Hanani berasa bimbang rahsianya akan terbongkar dan dia bersedia memberikan penjelasan yang sebenar.Kemiskinan hidup memaksa Azfa Hanani mencuri buu-buku rujukan itu. Di makmal,dua orang pengawas datang memberitahu Cikgu Sofea bahawa tuan pengetua ingin berjumpa dengan Azfa Hanani.
Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)

Ahlan Wasahlan.

Hiii.Assalammualaikum sbg pembuka bicara,harini saya nak buat short update je.saya just nk kata ini my new blog.blog lame saya "dideletekan" kerana saya rimas tgk blog lame tu.So,saya buat lah blog baru.tadaaaa.dah jadi one new blog for me.Hikhik.k tu je nak bgitau.lol kbyee..Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :))
Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)