Tengku Mazran telah sedia menunggu Azfa
Hanani di luar Institut Lingua Franca dan memberitahu bahawa pak long dan
Zuraini ada di rumah Datin Maziah.Azfa Hanani gembira menyambut kedatangan pak
long dan Zuraini di rumah Datin Maziah.Zuraini sudah dapat berjalan
semula.Datuk Tengku Makmur pula bersikap mesra dengan Azfa Hanani.Dia
berbual-bual dengan pak long tetapi Azfa Hanani tidak mengetahui perkara yang mereka
bincangkan.Zuraini memberitahu Azfa Hanani bahawa Datuk Tengku Makmur
seolah-olah sudah lama mengenali keluarga mereka dan mengetahui peristiwa
kemalangan jalan raya yang menimpa keluarganya.
Saturday, March 30, 2013
Novel Azfa Hanani(BAB 15: Kunjungan Mengejut)
Syafinaz akan bekerja sebagai arkitek pada
bulan hadapan dan Azfa Hanani akan ke sekolah dengan jiran mereka,iaitu Datin
Zaharah.Pada hari itu,Azfa Hanani ke Institut Lingua Franca untuk menduduki
ujian bahasa Jepun pada pukul 3.00 petang.Hati Azfa Hananiberbelah bahagi
apabila Syafinaz memberitahu bahawa pak long,Abang Norman dan Zuraini akan tiba
dari Indonesia pada petang itu.Syafinaz dan Tengku Mazran sendiri yang akan
menjemput mereka daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.Azfa Hanani
ingin bertemu pak long dan Zuraini.Syafinaz menghalang kerana Azfa Hanani mesti
menduduki ujian bahasa Jepun tersebut.Tengku Mazran berjanji akan membawa Azfa
Hanani pulang ke kampung semasa cuti semester nanti.
Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)