Azfa Hanani memikirkan masa depannya setelah
pulang semula ke kampung.Pada petang itu,Tengku Mazran,Syafinaz,Datuk Tengku
Makmur,Tengku Muzaffar dan Datin Maziah datang menemui Azfa Hanani di
jeram.Walau bagaimanapun,Azfa Hanani tatap berkeras tidak mahu ke Kuala Lumpur
lagi.
Datuk Tengku Makmur menceritakan kisah
sebenarnya yang berlaku antara keluarganya dengan ibu bapa Azfa Hanani,iaitu
peristiwa kemalangan jalan raya yang meragut nyawa kedua-dua ibu bapa Azfa
Hanani.Peristiwa itu berlaku atas kecuaian Datuk Tengku Makmur.Azfa Hanani yang
terselamat dalam tragedi itu disusui oleh Datin Maziah di tempat kejadian
apabila dia tidak berhenti-henti menangis.Azfa Hanani menyedari akan takdir yang
telah berlaku dan memaafkan kesalahan Datuk Tengku Makmur,Datin Maziah dan
Tengku Muzaffar.Datin Maziah juga memohon maa daripada Azfa Hanani atas
kejadian yang berlaku.