Saturday, March 30, 2013

Novel Azfa Hanani(BAB 17: Terusir)

   Di rumah,Azfa Hanani asyik terperap di dalam biliknya dan memikirkan Ekran yang merahsiakan sesuatu perkara daripadanya.Azfa Hanani merasakan bahawa dia sudah jatuh hati kepada Ekran namun enggan mengakuinya.
   Azfa cuba menggunakan lilin untuk membaca tulisan yang telah dipadam diari Tengku Murni.Dia amat terkejut apabila mengetahui bahawa Tengku Muzaffar ialah punca utama yang menyebabkan hubungan antara Tengku Murni dan Erkran terputus bukan disebabkan oleh Datin Maziah.Azfa Hanani beredar ke bilik Tengku Muzaffar dan berlaku sedikit pertengkaran antara mereka.Tengku Muzaffar mengakui segala tuduhan Azfa Hanani adalah benar tetapi Tengku Muzaffar menjelaskan bahawa dia tidak menyukai Ekran kerana dianggap tidak setaraf dengan keluarganya.Tengku Muzaffar juga tidak menggemari tindakan Azfa Hanani yang berkawan baik dengan Ekran.Azfa Hanani menegaskan bahawa dia dan Ekran berasal dari taraf yang sama dan Tengku Muzaffar tidak berhak mencampuri urusan peribadinya kerana Azfa Hanani bukan adik kandungnya.
   Ketika itu,Datin Maziah muncul dan menampar pipi kiri Azfa Hanani dengan kuat.Beliau berasa amat marah setelah mengetahui Azfa Hanani bukan anak kandungnya tetapi menyamar sebagai Tengku Murni.Azfa Hanani cuba mempertahankan kebenaran bahawa dia sebenarnya Tengku Murni.Azfa Hanani cuba menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada Datin Maziah,namun dia diusir keluar dari rumah itu.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)