Azfa
Hanani telah mengirimkan RM300.00 untuk keluarganya di kampung hasil pemberian
Datuk Tengku Makmur.Selebihnya disimpan untuk masa depan sekiranya ada sesuatu
berlaku yang tidak diingini kelak.Tengku Mazran akan menghantar Zuraini ke
Indonesia untuk berubat dengan seorang kiai yang terkenal di sana.
Tengku Murni ada menulis dalam diarinya bahawa dia ingin bertanding
untuk merebut jawatan setiausaha Persatuan Pelajar Tingkatan Lima,tetapi
keinginannya tidak kesampaian.
Azfa
Hanani menghadiri mesyuarat Hari Sumbangsih.Ekran selaku pengerusi persatuan
menjelaskan acara-acara sempena majlis tersebut.Azfa Hanani mendapati Ekran
merupakan seorang pemimpinyang berkarisma.Laili membantah keputusan pengagihan
tugas dalam slot-slot Hari Sumbangsih dan mempertikaikan kejujuran dan
keikhlasan ahli jawatankuasa.Tetapi dakwaannya itu berjaya ditangkis oleh
Ekran.Menurut Tengku Elina,Laili dan kawan-kawannya yang dikenali sebagai `Budak
Glamor’ menginginkan slot Malam Bakat Sumbangsih.Kelas Azfa Hanani diberikan
tugas menguruskan gerai burger,kejohanan bola sepak tujuh sebelah terbuka dan
pameran alam sekitar dan reka cipta.Azfa Hanani ditugaskan sebagai salah
seorang penjual burger.
Setelah selesai mesyuarat kelas,Azfa Hanani ke Plaza Cahaya berseorangan
menaiki bas mini.Azfa Hanani membeli buku-buku rujukan yang sama seperti yang
pernah dicurinya di perpustakaan sekolah di kampung.Azfa Hanani kemudiannya
bertanya kepada seorang pemuda penjual burger yang berhampiran tentang tempat
untuk dia mendapatkan teksi.Pemuda itu rupa-rupanya ialah Ekran.