Syafinaz masuk ke blik Azfa Hanan dan
mengajaknya makan bersama-sama tetapi Azfa Hanani memberitahu bahawa dia masih
kenyang.Syafinaz memberitahu bahawa Tengku Mazran sedang berusaha untuk
memasang talian telefon di rumah keluarga Azfa Hanani di kampung dan membeli
sebuah telefon bimbit untuknya.Azfa Hanani meminta Syafinaz membantunya
menghubungi rakannya,iaitu Kamilah dan mengajarnya cara-cara meggunakan telefon
bimbit itu.Kamilah tiada di rumah kerana berkunjung ke rumah bapa saudaranya.Azfa
Hanani keliru kerana suara yang mengangkat telefon sebentar tadi seperti milik
Cikgu Zamin.
Tengku Muzaffar muncul ketika Azfa Hanani
sedang membuka kotak-kotak hadiah yang diterimanya.Tengku Muzaffar ingin
menunaikan janjinya dan hendak mengajar Azfa Hanani menggunakan komputer.Walau
bagaimanapun,niat Tengku Muzaffar hendak mengajar Azfa Hanani dengan lebih
mendalam terbantut kerana bekalan elektrik terputus.
Azfa Hanani sangat terkejut apabila melihat
isi hadiah daripada ekran,iaitu dompet berisi wang,kad pengenalan Tengku
Murni,beberapa keping kad dan juga sekeping kertas catatan yang mungkin ditulis
oleh Ekran.