Fuziana dan Syafikah mewakili Laili menemui Azfa Hanani di
perpustakaan.Laili meminta Azfa Hanani menjadi pengacara slot Malam Bakat
Sumbangsih.Slot Malam Bakat Sumbangsih sepatutnya dikendalikan oleh murid
Tingkatan Lima Sastera II manakala nama Laili,Fuziana dan Syafikah telah
disenaraikan dalam slot pameran alam sekitar dan reka cipta.Laili,Syafikah dan
Fuziana berpendapat sekiranya murid Tingkatan Lima Sastera II yang
mengendalikan acara itu,pasti hasil kutipan nanti tidak mencapai matlamat
kerana mereka berpendapat bahawa pelajar Tingkatan Lima Sastera II itu tidak
cekap dalam menguruskan acara tersebut.Azfa Hanani menolak lembut pelawaan
tersebut dengan alasan dirinya tidak sesuai
dan dia tidak pernah menjadi pengacara majlis tetapi dicemuh oleh
mereka.
Tengku Muzaffar berjanji akan mengajar Azfa Hanani menggunakan komputer
selepas dia menyiapkan tesisnya.Tengku Muzaffar memuji kelunakan suara Azfa
Hanani semasa membaca surah Yassin dan turut meminta Azfa Hanani membacakannya
untuk arwah Tengku Murni.