Semasa mata pelajaran bahasa Inggeris,Cikgu Ramzan bertanyakan beberapa
soalan kepada Azfa Hanani tetapi dia tidak dapat menjawab dengan lancar kerana
dia tidak fasih berbahasa Inggeris.Muhammas Ekran bin Muhammad,iaitu Pengerusi
Persatuan Pelajar Tingkatan Lima SMTS meminta Azfa Hanani ke bilik persatuan
untuk mengambil borang keahlian.
Azfa
Hanani dapat menjawab soalan Cigu Sani semasa mata pelajaran Fizik dengan
lancar dan tepat.Dia telah membuat uji kaji tersebut semasa di sekolah
lamanya.Laili menyindir Azfa hanani dengan mengatakan dia seorang yang berlagak
kerana semasa mata pelajaran bahasa Inggeris,Azfa Hanan tidak dapat menjawab
soalan Cikgu Ramzan dengan lancar.Sebenarnya,Azfa Hanani lemah dalam mata
pelajaran bahasa Inggeris.
Laili,Syafikah dan Fuziana tidak menyukai Azfa Hanani sama seperti
mereka tidak menyukai Tengku Murni.Menurut Tengku Elina,Laili masih tidak
percaya akan kematian Tengku Murni kerana kad pengenalan dan dompet Tengku
Murni yang hiang sehingga kini masih belum ditemui.