Azfa Hanani terpaksa membohongi Syafinaz untuk
ke Pesta Buku Alam Malaysia bersama Ekran.Azfa Hanani mengingatkan Ekran supaya
tidak menganggap diri dan sikapnya sama seperti Tengku Murni.Ekran dan Azfa
Hanani berbual-bual di taman permainan sebelum ke pesta buku.Azfa Hanani
menceritakan segala-galanya yang ingin diketahui oleh Ekran.
Ekran memberitahu Azfa Hanani bahawa ayah Laili,Datuk Minhad pernah
mendermakan RM10,000.00 pada Hari Sumbangsih yang lalu.Sebuah motosikal
berkuasa tinggi meluncur laju dan berhenti mendadak semasa Azfa Hanani dan
Ekran hendak melintas jalan.Azfa Hanani amat mengenali motosikal tersebut.
Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)