Azfa
Hanani menerima panggilan telefon daripada Tengku Elina dan meminta Azfa Hanani
untuk datang ke rumahnya kerana pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman
Sari akan mengadakan sesi perbincangan dan latihan di rumahnya.Azfa Hanani
hanya mendapat keizinan daripada Datin Maziah setelah dibantu oleh Tengku
Muzaffar.Tengku Muzaffar menghantar Azfa Hanani ke rumah Tengku Elina dengan
menaiki motosikal berkuasa tingginya.Azfa Hanani berpendapat bahawa antara
Tengku Muzaffar dengan Ekran tersimpan satu rahsia kerana selepas
bertembung dengan Tengku Muzaffar,Ekran
semakin menghilangkan diri.
Azfa
Hanani diminta untuk menggantikan Tengku Elina bagi mempengerusikan Forum
Remaja semasa latihan kerana pada masa yang sama Tengku Elina perlu
mengendalikan mesyuarat sekretariat pameran luar Hari Sumbangsih.Azfa Hanani
teringat akan sepupunya,iaitu Zahidan apabila melihat adik Tengku Elina.Melalui
surat yang dikirimkan oleh Zuraini,mak long dan pak long amat merinduinya.Zahidan
kerap memanggil-manggil namanya.Zuraini pula akan dihantar untuk berubat ke
Indonesia pada bila-bila masa sahaja.
Akhirnya,ahli forum mengambil keputusan supaya Azfa Hanani menjadi
pengerusi pertandingan Forum Remaja yang akan diadakan di dewan sekolah nanti.
Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)