Majlis Hari Jadi Tengku Murni yang ke-17 akan diadakan pada hujung
minggu itu.Tengku Elina meningatkan Azfa Hanani supaya tidak berkawan rapat dengan
Iskandar kerana dia seorang lelaki yang bermata keranjang.Tengku Elina
memberitahu Azfa Hanani bahawa gerai burger Ekran telah dibakar.Azfa Hanani
turut bersedih dan bersimpati atas kejadian itu.Azfa Hanani ke blik persatuan
untuk berjumpa Ekran tetapi Ekran tiada.
Laili
muncul di bilik persatuan dan mempelak Azfa Hanani yang bersetuju menjadi
pengerusi pertandingan Forum Remaja tetapi enggan menjadi pengacara majlis bagi
slot Malam Bakat Sumbangsih seperti yang dikehendakinya.Azfa Hanani menegaskan
pendiriannya bahawa slot Malam Bakat Sumbangsih tersebut bukan milik mereka
,sebaliknya murid-murid Tingkatan Lima Sastera II.Laili tetap tidak berpuas
hati dengan jawapan dan alasan yang diberikan oleh Azfa Hanani.