Azfa
Hanani mendekati Ekran di gerai burgernya.Azfa Hanani ingin berbual-bual dengan
Ekran dan dia memberikan alasan bahawa dia ingin belajar menjual burger kerana
dia ditugaskan untuk menjual burger pada Hari Sumbangsih.Setelah selesai
mengemas gerai,Ekran mengajak Azfa Hanani untuk menjamu selera di gerai nasi
ayam.Menurut Ekran,dia menjual burger untuk mengisi masa lapang di samping
mengumpul wang untuk persekolahannya meskipun ibu bapanya mampu menanggung kos
pembelajarannya.Ekran bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan.Oleh
itu,dengan berniaga burger,dia dapat mempelajari tentang akaun.
Ekran
menegur Azfa Hanani yang makan menggunakan tangan.Ekran memberitahu bahawa
Tengku Murni tidak pandai menggunakan tangan sebaliknya menggunakan sudu dan
garpu.Azfa Hanani terkejut dengan pernyataan Ekran dan dia membuat kesimpulan
bahawa Ekran dan Tengku Murni pernah mempunyai hubungan yang rapat.