Tengku Mazran dan Syafinaz mengingatkan Azfa Hanani tentang perkara yang
telah diajar oleh mereka agar Azfa Hanani menjadi seperti Tengku Murni.Tengku
Mazran dan Syafinaz turut membelikan beberapa helai pakaian baharu untuk Azfa
Hanani agar kelihatan bergaya seperti Tengku Murni.Azfa Hanani kagum apabila
masuk ke bilik Tengku Murni yang besar
dan dilengkapi dengan set komputer.
Tengku Muzaffar,iaitu abang Tengku Murni yang paling dekat usianya
dengan Tengku Murni sperti tidak menyukai kehdiran Azfa Hanani.Tengku mazran
telah menetapkan semua surat yang mencatatkan nama sebenar Azfa Hanani mesti
melalui alamat pejabatnya.Azfa Hanani juga dilarang menulis nama sebenarnya di
sembarangan tempat kecuali di sekolah,iaitu atas urusan rasmi sahaja.
Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur,Nordin sempat memberitahu Azfa
Hanani bahawa pencuri buku-buku rujukan
perpustakaan sekolah telah berjaya di kesan,iaitu Lazim,Hamidon dan Teck
Lee.Azfa Hanani akan memulangkan semula buku-buku rujukan yang dicurinya itu
kepada Cikgu Zamin kerana guru itu sering cuba memahami masalahnya.
Azfa
Hanani berjaya berdepan dengan Datin Maziah.Segala pertanyaan Datin Maziah
berjaya dijawab dengan baik dan yakin.Datin Maziah berjanji akan membelikan
sebuah jip Suzuki Vitara yang baharu untuk Azfa Hanani.