Wednesday, March 27, 2013

Novel Azfa Hanani(Bab 3: Kerana Terdesak)

    Semalaman Nani tidak dapat tidur lena. Abang Mazran dan Kak Finaz akan mengunjungi rumah Nani selepas tidak berkesempatan untuk berbincang dengan Pak Long dan Mak Long Nani. Ayah dan ibu saudara Nani tiada di rumah. Mereka mengejarkan Zuraini ke hospital dengan kereta Pak Haji Arshad kerana demam akibat disengat tebuan. Abang Mazran dan Kak Finaz menginap di hotel Johor Bahru.
    Petang semalam, Mak Hajah Kiah ringan tulang menjaga Zuraini di hospital. Memang Pak Long dan Mak Long berhasrat untuk menamatkan persekolahan Nani dek bebanan kewangan sedangkan Nani sudah mendaftarkan diri untuk mengambil peperiksaan SPM. Ah, Nani tidak perlu berasa takut dihukum kerana kesalahan mencuri lagi. Beban Pak Long dan Mak Long akan bertambah ringan. Benarlah, kemiskinan mendekatkan kekufuran. Nani masih ingat akan pembacaan kisah klasik anak raja dan anak papa bertukar tempat. Azan subuh kedengaran. Zurina, Zahir dan Zahidin masih terlena dalam lingkup kain selimut di atas tikar mengkuang. Selepas mandi, Nani diminta oleh Mak Long mengambil daun pandan untuk dimasak nasi lemak. Biasanya, Nani akan bersarapan dengan beberapa ketul ubi keledek rebus dan secawan teh kosong. Pagi itu, menu sarapan diubah!
    Mak Long kelihatan sugul. Zahidin yang baru berusia lima tahun turut menegur Nani. Teka-teki sudah terjawab. Nani akan mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala Lumpur. Barangkali, Kuala Lumpur akan menyediakan ruang dan peluang untuk Nani belajar. Kesanggupan Pak Long dan Mak Long melepaskan aku pergi adalah atas desakan hidup dan keinginan untuk melihat Nani berjaya dalam pelajaran, terutamanya dalam bidang kedoktoran biarpun doktor bukanlah cita-citanya. Mak Long berharap agar Nani akan dapat membantu mereka pada suatu hari nanti.
    Penantian suatu penyiksaan. Pada kesempatan itu, Nani bertanyakan asal usulnya. Mak Longlah menjadi bidan menyambut kelahiran Nani. Nanilah anak tunggal ayah dan ibu yang telah pergi buat selama-lamanya. Ayah dan ibu Nani berkahwin di sebuah universiti tempatan lebih 19 tahun yang lalu dan beroleh kejayaan cemerlang dalam kursus masing-masing sebelum terlibat dalam kemalangan, yakni tragedi sebuah teksi terjunam ke dalam gaung mengorbankan semua penumpangnya, kecuali seorang bayi bernama Nani. Mulai saat itu, Nani dibesasrkan oleh Pak Long dan Mak Long.
     Abang Mazran dan Kak Finaz hadir ditemani oleh Abang Norman dan Pak Haji Arshad. Selesai sarapan, Abang Mazran bercerita tentang Murni. Kisah kemalangan Murni memandu jip hadiah Datin Maziah sempena hari jadi Murni yang ke-16 walaupun masih belum cukup umur untuk memiliki lesen. Murni gagal diselamatkan dan menghembuskan nafas yang terakhir dalam perjalanan ke hospital. Datin Maziah terselamat tetapi koma selama beberapa hari. Sebaik tersedar, nama Nini yang pertama disebut oleh Datin Maziah. Maka, Abang Mazran terpaksa berbohong, kononnya Nini terselamat dan sedang mengikuti program pertukaran murid ke Jepun. Sejak sebulan yang lalu, keraguan Datin Maziah kian ketara. Datin Maziah mahu menziarahi Nini di Jepun. Kebetulan pula, Nini sebaya dengan Nani, berusia 17 tahun. Lantas, mereka sekeluarga merayu agar Pak Long dan Mak Long mengizinkan Nanimengikut mereka balik ke Kuala Lumpur. Kos perubatan Zuraini akan ditanggung oleh Abang Mazran dan Kak Finaz.

    Nani turut mendapat penjelasan daripada Abang Mazran kononnya Datin Maziah beranggapan bahawa Nini telah dilarikan oleh abang-abangnya sedangkan Nini manja orangnya. Nani tidak perlu berkemas. Menurut Kak Finaz, Nani akan dibelikan beberapan helai baju baharu. Namun begitu, Nani meminta izin untuk mengambil sehelai dua pakaian dan buku-buku latihan sebagai rujukan termasuklah buku-buku rujukan perpustakaan yang dicuri pinjam oleh Nani. Nani bercadang untuk memulangkannya melalui kiriman pos bersertakan permohonan maaf. Sebelum bertolak, Nani bersalaman dan mencium tangan Pak Long dan Mak Long serta memohon agar makan minumnya dihalalkan. Pipi Zahidin yang sedang bermuram dicium Nani selain berkirim salam kepada Zuraini. Sebelum kereta bergerak, muncul Nordin tiba-tiba dengan wajah yang beriak cemas.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)