Thursday, March 28, 2013

Novel Azfa Hanani(BAB 6: Imbalan Budi)

    Datin Maziah menyambut kepulangan Nini(Azfa Hanani)dari sekolah di anjung rumah.Pada hari itu,pelbagai masakan terhidang untuk makan tengah hari termasuk ayam masak merah yang dimasak sendiri oleh Datin Maziah.Azfa Hanani memuji keenakan masakan Datin Maziah dan meminta Datin Maziah mengajarnya cara memasak masakan tersebut.Datin Maziah terkejut kerana sebelum ini dia pernah mengajar Tengku Murni .Azfa Hanani memberikan alasan bahawa dia telah terlupa.
   Semasa Datin Maziah mengambil air suam untuk Azfa Hanani,Azfa Hanani sempat bertanya kepada Syafinaz tentang kehilangan kad pengenalan dan dompet Tengku Murni.Syafinaz memberitahu  Azfa Hanani bahawa mungkin dompet Tengku Murni telah diambil orang tetapi mereka sempat menyelamatkan akaun Tengku Murni.
   Datin Maziah memulangkan album dan diari Tengku Murni kepada Azfa Hanani.Azfa Hanani mula mengenali prinsip dan perwatakan Tengku Murni setelah membaca diarinya.Tengku Murni seorang yang baik hati,sering menegur sikap Laili,Syafikah dan Fuziana yang gemar membangga diri dan merendah-rendahkan orang lain.Tengku Murni juga disenangi oleh sesiapa sahaja.Namun,diari Tengku Murni turut menunjukkan bahawa dia cuba menyembunyikan sesuatu dengan memadam beberapa catatan pada hari sebelum kemalangan.
    Datuk Tengku Makmur bertemu Azfa Hanani di bilik Tengku Murni.Datuk Tengku Makmur mengingatkan Azfa Hanani bahawa dia perlu memanggilnya dengan panggilan `papa’ ketika di hadapan Datin Maziah sahaja kerana padanya anaknya telah meninggal dunia.Datuk Tengku Makmur telah melemparkan RM500.00 ke atas katil sebagai upah Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni.

Terima kasih daun keladi,lain kali datanglah ke blog ini lagi :)